Penjelasan Tentang ADHD dan ADD



ADHD bermaksud Hiperaktif dan kurang daya tumpuan. Masalah ini biasanya dikaitkan dengan sikap seorang kanak-kanak yang tidak boleh duduk diam, tidak dapat fokus, terlalu lasak, impulsif, kerap berasa resah, gemar merosakkan harta benda orang lain dan mudah hilang tumpuan.

ADD pula bermaksud Kurang Daya Tumpuan. Kanak-kanak yang mempunyai masalah ini tidak hiperaktif namun tumpuan mereka mudah terjejas dan menyebabkan mereka selalu ketinggalan dari segi pendidikan kerana tidak dapat fokus ketika guru mengajar dan sukar untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberikan guru.